Revolusi Industri 4.0
KENALI REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Revolusi Industri 4.0 adalah merupakan sebuah revolusi digital merujuk kepada proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri khususnya melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap yang lebih pintar dan sistematik. Proses peralihan industri ini juga adalah dikenali sebagai “Smart Factory” di mana setiap sistem yang diimplementasikan adalah lebih fleksibel dan sistematik serta dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru yang lebih mencabar (Morrar, Arman & Mousa, 2017). Konsep IR 4.0 telah diperkenalkan oleh Jerman melalui penerbitan artikel pada November 2011 sebagai sebuah strategi berteknologi tinggi dalam mewujudkan sektor pembuatan dan pengeluaran yang lebih digital, fleksibel dan selamat pada tahun 2020 dan konsep revolusi ini sekali lagi dibangkitkan semasa pameran perindustrian di Hannover, Jerman pada April 2013. Sepanjang tempoh 200 tahun, masyarakat dunia telah menyaksikan beberapa buah revolusi yang telah banyak memberi kesan dan perubahan terhadap aspek kehidupan manusia. Revolusi industri pertama membantu memperkukuhkan penggunaan kuasa hidro, kuasa wap dan penghasilan peralatan mesin; revolusi industri kedua pula telah membawa kepada penjanaan kuasa elektrik dan sektor pembuatan berskala besar; manakala revolusi industri ketiga telah mempercepatkan Pada asasnya apa yang Industri 4.0 cari adalah untuk mengautomasikan sektor perindustrian dengan mendigitalkan rantaian pengeluaran dan storan, menggunakan peranti pemprosesan data termaju, perisian pintar, dan sebagainya
Internet of Things (IoT) merupakan salah satu teknologi yang dikemukakan melalui Revolusi Perindustrian 4.0 yang dapat menghubungkan semua peranti yang dapat berfungsi jika mempunyai akses internet. Terdapat pelbagai jenis peranti. Antaranya ialah telefon bimbit, mesin pembasuh, pelbagai jenis lampu, penghawa dingin dan perpindahan data melalui rangkaian. Kadangkal, ia juga meliputi komponen mesin seperti enjin jet yang terdapat dalam kala terbang atau aplikasi lain. Jikalau peranti-peranti seperti ini dapat berfungsi apabila adanya akses kepada internet ataupun menjadi sebahagian daripad peranti-peranti yang memerlukan internet dan juga diliputi dengan permindahan data, ia akan dikatakan atau dikategorikan sebagai IoT. Konsep Internet of Things (IoT) dikatakan mudah disebabkan oleh penggunaannya disebabkan Internet of Things (IoT) dapat menghubungkan semua aplikasi atau “device” yang mempunyai butang ON dan OFF dengan pengaksesan Internet. Oleh demikian itu, Internet of Things (IoT) merupakan salah satu teknologi yang dikemukakan melalui Revolusi Perindustrian 4.0.
Teknologi robotik telah lama wujud sejak 1948. Robot biasa berfungsi oleh arahan yang telah ditulis oleh pengatur cara dan hanya berpandukan arahan tersebut.Ini berbeza dengan robot autonomi.Robot ini beroperasi menggunakan logik algoritma yang komples. Ini bermaksud bahawa mereka tidak memerlukan arahan atau laluan yang harus ditentukan lebih awal. Robot tersebut mampu bergerak dengan sendiri tanpa berlaku perlanggaran dengan halangan dihadapan mereka. Dalam erti kata, robot autonomi merupakan jelmaan manusia yang mampu berdikari.Sebagai contoh, ia mampu mengecas kembali bateri mereka jika dalam keadaan kehabisan bateri. Ini menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu pekerja untukan melakukan pengecasan tersebut
Fungsi – fungsi Internet of Things (IoT)
Seperti dikatakan di atas, Internet
of Things (IoT) merupakan satu teknologi atau konsep melalui Revolusi Perindustrian 4.0 yang boleh
menghubungkan satu peranti dengan peranti lain melalui jaringan internet. Ini
merupakan salah satu fungsi yang paling utama. Bukan sahaja itu, dengan adanya,
Internet of Things (IoT), perhubungan antara satu peranti dengan peranti lain
terutamanya apabila maklumat dipindahkan boleh dilakukan dalam tempoh masa yang
singkat dengan adanya akses internet. Oleh itu, ia boleh dikatakan bahawa
dengan adanya Internet of Things (IoT), ia akan memudahkan urusan setiap
pengguna. Ia juga dapat menjimatkan masa pengguna. Pada masa yang sama, ia juga
dapat mengurangkan tenag kerja.
Bukan sahaja itu, Kevin
Ashton dalam sekitar tahun 1999 mengatakan bahawa Internet of Things (IoT)
berfungsi untuk menjadi konsep jaringan komunikasi untuk berfungsi bersama
benda-benda disekeliling melalui pengaksesan internet. Oleh sebab itu, banyak
perusahaan besar seperti Microsoft, Amazon We Services, Huawai dan LG mencipta
produk bersasarkan Internet of Things (IoT) untuk pengeluaran di pasaran.
Selain itu, Internet of
Things (IoT) dikenali sebagai teknologi besar melalui Revolusi Perindustrian
4.0 disebabkan ia member faedah dan manfaat yang secukupnya untuk kehidupan
manusia pada zaman moden ini. Internet of Things (IoT) berfungsi dalam industri
peruncitan, pengurusan bekalan, sistem pembelajaran dan juga dipakai untuk
mengawal peralatan rumah seperti peti ais, lampu, kipas dan sebagainya. Dengan
itu, inilah antara fungsi-fungsi Internet of Things (IoT).
Fungsi – fungsi Robotik
Penggunaan robot dapat meningkat jumlah penghasilan produk industri. obot Robot yang berfungsi dengan optimum mampu membantu meningkatkan hasil produk sesebuah industri. Hal ini demikian kerana robot kurang membuat kesilapan dan tidak perlu merehatkan diri seperti manusia. Robot secara amnya melakukan kerja secara efektif dan kesannya , hasil produk mampu ditingkatkan dengan mutu yang terbaik.Keuntungan pada pengusaha lebih banyak kerana tidak perlu menggaji pekerja.Secara amnya,robot mampu menggantikan pekerjaan yang berisiko tinggi.Kebanyakan pekerjaan di dalam industry amat berisiko tinggi. Contohnya, penggunaan bahan kimia atau bahan bersuhu tinggi memberikan meningkatkan risiko kemalangan dalam pekerjaan. Dengan penggunaan robot , masalah ini akan dapat diminumkan Robot juga mampu mengurangkan bebakan kerja manusia.
Comments
Post a Comment